Pages

Thursday, November 19, 2009

Majlis penutupan program selepas PMR

Semashur, 18 November 2009, Satu program penutupan aktiviti selepas PMR telah dijalankan di dewan makan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Pada program ini penyampaian hadiah telah dilakukan kepada para pemenang sempena karnival sukan rakan muda, minggu bahasa serta sistem rumah. Disamping itu juga Pengetua sekolah telah mengumumkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) bagi sesi 09/10.

Tuesday, November 17, 2009

Majlis restu ilmu




Pada 17 November 2009, satu majlis restu ilmu bagi pelajar tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Majlis ini telah dihadiri oleh guru dan juiga pentadbir sekolah.

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring






Satu kejohanan bola sepak 9 sebelah dan juga bola jaring peringkat SBP zon tengah telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor ( SEMASHUR ) pada 16 Novembar 2009 , hari isnin. Kejohanan ini telah disertai oleh 10 pasukan dari sekolah-sekolah SBP Zon tengah.

Perlawanan ini dijalankakn secara berkumpulan dan berlangsung selama sehari. Pada waktu petang hujan telah turun dengan lebatnya namun perlawanan separuh akhir dan akhir diteruskan juga. Johan bagi bola sepak 9 sebelah telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Alam Shah, sementara itu Sekolah Sains Selangor telah menjadi naib johan kejohanan ini.

Sunday, November 15, 2009

Malam juara-juara







SEMASHUR telah menganjurkan program MALAM JUARA-JUARA & ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM pada 15 November 2009 ( Ahad ). Dengan bertemakan Semarakkan Kecemerlangan Kokurikulum Menjana Minda Kelas 1, majlis ini diadakan di Dewan Titiwangsa Semashur Seindah Nama.

Antara objektif majlis ini adalah :-
a) Meraikan kejayaan para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama baik sekolah.
b) Memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajr yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum.
c) Memberi kesedaran akan pentingnya kokurikulum dalam kehidupan pelajar.

Saturday, November 14, 2009

Program perkembangan staf








Pada 7 November satu program perkembangan staf telah diadakan di SEMASHUR. Program ini dijalankan pada hari sabtu dan bertempat dibilik gerakan. 2 orang penceramah telah memberikan ceramahnya dimana ceramahnya ini dapat membantu guru-guru meningkatkan kefahaman dan ilmu.

Kejohanan bola sepak dan bola jaring

Semashur akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak dan bola jaring bagi zon tengah Sekolah Berasrama Penuh. Kejohanan ini akan diadakan pada 16 November 2009.

KURSUS KETUA BIDANG



Pada 11 - 13 November satu KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KETUA BIDANG SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR telah diadakan di Hotel Rosa Passadena Cameron Highland. Semashur telah menghantar semua ketua bidang walaupun 2 orang ketua bidang telah diwakilkan oleh panitia yang berkaitan.

Kursus ini telah dihadiri oleh Pn. Haslina selaku ketua bidang Sains dan Matematik, Pn. Masita selaku ketua bidang Kemanusiaan, Cik Zilfadillah wakil kepada ketua bidang Bahasa dan En. Khirun Nizam, wakil kepada ketua bidang Teknik dan Vokasional.