Pages

Sunday, September 19, 2010

Bangunan baru Semashur

Semashur akan mempunyai bangunan akademik baru, bangunan ini sedang dalam pembinaan dan kira-kira 70% siap.



Bangunan ini mempunyai 3 tingkat yang mana akan ditempatkan makmal sains menengah rendah, makmal bahasa asing dan juga perpustakaan.



Bangunan ini nampak gayanya akan siap tahun depan.


Bengkel Kemahiran hidup banjir lagi

Isnin, 20 September 2010. Pagi ini selepas perhimpunan pagi, tinjauan di bengkel menunjukkan berlakunya kesan banjir kilat yang mungkin berlaku semasa semua warga semashur bercuti untuk berhari raya. Banjir kali ini merupakan kali yang ke 4 selepas beberapa bulan yang lalu. Bengkel kemahiran hidup ini akan dibersihkan dan dikemaskan secepas mungkin. Mungkin telah berlaku hujan yang sangat lebat semasa cuti hari raya tempohari.