Pages

Monday, March 21, 2011

Kerja kursus KHB

Pelajar sedang membuat kemasan bagi projek kayu yang telah dihasilkan.

Makmal sains baru

Salam 1 Semashur!
Gambar dibawah menunjukkan bangunan baru yang akan ditempatkan makmal sains bagi menengah rendah, perpustakaan, makmal bahasa dan juga kelas. Bangunan baru ini rasanya bulan June 2011 baru boleh digunakan rasanya. Anyway makmal itu sangat besar dan cantik sekali.




Laporan amali

Laporan amali yang dihasilkan oleh pelajar 2 ehsan selepas menjalankan aktiviti. Markah penuh bagi laporan amali ini ialah 10. Pelajar 2 ehsan perlu menyiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Friday, March 11, 2011

Glukosa

Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses fotosintesis.

Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai kanji dalam bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya.

Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah kanan, maka ia dikenali sebagai gula dekstrosa.

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada degradasi glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh dengan mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.

telinga

Mata

Ginjal

Anatomi jantung

Glikogen

Glikogen ialah sejenis polimer glukosa dan merupakan karbohidrat simpanan yang terdapat dalam tisu haiwan dan mikroorganisma. Kira-kira 1-2% berat basah otot rangka dan 10% berat basah hati ialah glikogen.

Glikogen mempunyai struktur yang bercabang-cabang. Bilangan unit glukosa antara cabangan adalah antara hingga 10 unit. Pada titik cabang terdapat ikatan glikosida α-1:6. Unit-unit glukosa dalam satu rantai linear dihubungkan oleh ikatan glikosida α-1:4. Setiap cabangan luar mengandngi 12-18 unit glukosa.

Dalam molekul glikogen, terdapat hanya satu hujung penurun dan banyak hujung bukan penurun. Biasanya hujung penurun terdapat di bahagian dalaman molekul dan oleh itu glikogen tidak dapat menunjukkan sifat penurunan apabila diuji dengan larutan Fehling atau Benedict.

Sebanyak 93% daripada ikatan glikosida dalam molekul glikogen adalah jenis α-1:4, manakala 7% adalah ikatan glikosida jenis α-1:6.

Molekul glikogen biasa disintesiskan pada protein primer yang kemungkinannya ialah enzim glikogen sintase. Darjah percabangan dalam struktur glikogen adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan amilopektin kanji.

Selamat bercuti sesi penggal 1

Salam 1 malaysia....

Untuk semua pelajar, SELAMAT BERCUTI. Jangan lupa peperiksaan penggal pertama akan diadakan pada 22 Mac iaitu selepas naik cuti....

Jaga diri baik-baik dan bergembiralah semasa cuti.