Pages

Thursday, May 26, 2011

9 SBT baru diumum

Tahniah kepada sekolah yang telah dipilih.... sekolah yang terpilih adalah seperti berikut:-

1. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
2. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan.
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, setiu, Terengganu.
4. SMS Kuala Selangor
5. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, selangor.
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan.
7. SMS Sabah
8. SMS Kuching
9. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ) Tung Hua, ibu, Sarawak.

Lawatan Nazir

Pada 24 Mei 2011, Semashur didatangi oleh Nazir, untuk menilai prestasi pengurusan sekolah ( bai-ah ). Nazir telah datang ke bengkel kemahiran hidup bagi menjalankan pemantauan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan.

Gambar dibawah adalah kelas 2 bakti yang sedang menjalankan latihan lukisan teknik. gambar ini juga telah ditunjukkan semasa lawatan nazir.



Wednesday, May 25, 2011

Eksperimen sains 2 ehsan

Pelajar 2 ehsan di makmal yang baru... mereka membantu guru memindahkan barang-barang dari makmal lama ke makmal baru.... Thank you to all of you...




Eksperimen sains tingkatan 2 ehsan... dijalankan di makmal sains 1 yang lama.... kini SEMASHUR dah ada makmal sains yang baru....



Friday, May 20, 2011

Selamat hari guru

Tanggal 16 mei datang lagi.... kali ini di SEMASHUR sambutan hari guru amat berlainan dari tahun sebelumnya. Di SEMASHUR, rombongan AF9 telah datang bersama-sama dengan pengetuanya iaitu Amy Search.... wow hebat!!!!! Rasanya hari guru dan jadi hari sambutan AF9.... ahak-ahak... anyway, thank atas hadiah-hadiah tanda ingatan kepada saya. Saya doakan semua anak murid saya akan berjaya satu hari nanti...