Pages

Wednesday, October 5, 2011

komputer riba 1Malaysia

Artikel dibawa diambil dari metro, 5 Oktober 2011. Saya sangat menyokong pemberian kom puter riba ini. Tetapi sedikit kemuskilan kenapa komputer riba ini tidak digunakan disekolah. Adakah pihak sekolah membenarkan penggunaan komputer riba semasa P&P dijalankan? Sekiranya dibenarkan ini merupakan satu langkah proaktif dengan menyokong 1Malaysia.....

Hidup 1Malaysia




550 pelajar terima komputer riba 1Malaysia



SELAYANG: Seramai 550 orang pelajar cemerlang daripada 11 sekolah menengah sekitar Taman Templer dan Rawang bertuah kerana masing-masing menerima sebuah komputer riba 1Malaysia, di sini semalam.

Membabitkan perbelanjaan lebih RM 500,000, setiap pelajar turut mendapat jalur lebar prabayar percuma bagi membolehkan mereka mengakses Internet untuk tujuan pembelajaran tanpa mengira tempat dan masa.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperuntukkan satu juta komputer riba sejak tahun lalu untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah yang kurang berkemampuan dan 11,198 buah untuk Selangor bagi fasa 2.

“Dalam hal ini, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak mengenal pasti 550 pelajar yang berkelayakan untuk mendapat komputer riba berkenaan. Ia sebagai motivasi kepada pelajar terbabit untuk belajar lebih tekun, sekali gus meningkatkan prestasi pelajaran mereka.


“Namun, saya menasihatkan mereka supaya menggunakan komputer berkenaan dengan sebaiknya dan tidak menyalahgunakannya termasuk leka melayari facebook ataupun dijual,” katanya.


Sehubungan itu, Subahan meminta kerjasama pihak sekolah untuk memantau pelajar terbabit termasuk mengadakan aktiviti yang membolehkan mereka membawa komputer berkenaan ke sekolah.

Sementara itu, Mohd Ismail Ali, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan berasa gembira kerana mendapat komputer riba pertamanya.


“Saya sangat gembira mendapat komputer ini. Saya akan menggunakannya sebaik mungkin lebih-lebih lagi ketika ini banyak kerja sekolah yang memerlukan komputer dan Internet,” katanya.