Pages

Saturday, December 24, 2011

lonjakan harga emas

Petikan daripada akhbar KOSMO! - Khamis 14 April 2011

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Harga emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini - Gambar hiasan

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas terus naik kerana pelabur bersikap lebih berhati-hati ekoran kebimbangan terhadap nilai dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang tinggi di negara-negara Eropah.

Emas yang menjadi pemacu utama buat pembeli barang kemas dan pelabur dilihat sebagai aset selamat dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi dan politik.

India merupakan pengguna emas terbesar dunia yang menyumbang kepada kenaikan permintaan terhadap barang kemas global.

Menurut GFMS, kenaikan permintaan di India adalah sebanyak 11 peratus kepada 2,017 tan setahun. India membeli sebanyak 685 tan emas naik sebanyak 36 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Prof. Dr. Jariah Masud memberitahu, meskipun harga emas sentiasa meningkat dengaan kadar yang tinggi namun permintaan dalam kalangan orang ramai tidak pernah putus.

Menurut beliau, pembelian emas dalam kalangan orang ramai tidak terjejas memandangkan logam tersebut akan terus dibeli oleh mereka yang berkemampuan.

"Harga emas tidak pernah turun dengan mendadak dan kalau turun pun hanya sedikit kerana nilai emas merupakan aset terunggul, tidak boleh dimanipulasi, tahan lasak serta tiada susut nilai serta kalis inflasi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun beliau memberitahu, orang ramai perlu membezakan tujuan mereka membeli emas sama ada sebagai mengikut naluri keperluan atau pelaburan.

Dinar

Artikel ini dihasilkan untuk menambahkan lagi maklumat dan usaha penyebaran ilmu tentang kepentingan memiliki dinar supaya semakin ramai masyarakat Islam menukar sebahagian duit kertas mereka kepada sekeping dinar emas 917 seberat 4.25 grams.

Penulis percaya ramai pembaca TKO memahami dan berpengetahuan luas tentang runtuhnya nilai dollar Amerika dan bagaimana kapitalis atau lebih spesifik lagi yahudi merencanakan penguasaan mereka di dunia ini dengan hanya menggunakan wang kertas atau lebih dikenali sebagai fiat money.

Istilah inflasi juga adalah perkataan biasa dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

contoh mudah menceritakan isu inflasi boleh digambarkan seperti senario berikut.

Sebungkus nasi lemak standard biasa pada tahun 1990 berharga 30 sen. Setelah membayar kita akan menikmati nasi lemak bersama telur rebus dibelah empat, sedikit sambal bilis ,timun dan dibalut dengan daun pisang. Di luarnya pula dibalut dengan kertas surat khabar.

nasi lemak standard yang sama berharga RM 1.20 pada tahun 2011.

kenaikan barang lain turut berlaku dan semua pihak merasainya.

Sekeping dinar pada tahun 2005 adalah sekitar RM250. Sekiranya disimpan dalam peti besi, tidak diusik dan dibuka pada hari ini (29 April 2011) harganya telah meningkat kepada RM680. Peningkatan melebihi 300%.

Contoh lain, Seorang pegawai kerajaan N41 menikmati gaji di antara RM2500 ke RM2800. Sekiranya gaji mereka dibayar dalam bentuk dinar pada tahun 2005, mereka akan menerima 10 keping dinar setiap bulan. Pada hari ini , 29 April 2011, mereka sebenarnya menerima sejumlah RM6800 setiap bulan. layak untuk memandu BMW ke pejabat tidak seperti pegawai kerajaan hari ini yang hanya mampu memandu kereta buatan tempatan seperti Proton dan Myvi. Agak pelik situasi ini kerana pegawai kerajaan di negara luar mampu memandu kereta yang agak mewah tanpa perlu dipantau oleh agensi rasuah seperti SPRM.

Gaji atau pendapatan isi rumah berjumlah RM2500 masih dikira bawah paras kemiskinan mengikut kajian kerajaan negeri Selangor kerana sewa rumah teres yang standard pun sudah mencecah RM1000 di Shah Alam.

Emas terbukti berjaya mengharungi semua zaman sukar seperti peperangan, bencana alam, kemelesetan ekonomi, inflasi dan deflasi. Peratusan kenaikan nilai tahunan juga adalah tinggi dan konsistan dalam anggaran 28% setahun.

Satu lagi contoh terbaik kekuatan emas ialah peristiwa tsunami di Jepun bulan Mac lepas. Kerosakan dan kerugian berbillion dollar yang dialami oleh negara matahari terbit tersebut ternyata memberi kesan kepada Jepun, namun mereka berjaya bangkit dalam masa sangat singkat dan memperbaiki kemudahan insfrastruktur dalam masa sebulan.

Mereka tidak meminta bantuan luar atau membuat pinjaman.

Antara rahsia (yang bukan rahsia sebenarnya) ialah kerana Jepun mempunyai simpanan emas 700 tan. Mereka mencairkan sebahagian dari simpanan emas tersebut dan menukarkan nya kepada matawang yen, bukan Dollar.

Jika ALLAH takdirkan tsunami tersebut melanda malaysia tercinta ini, dapatkah kita bangkit seperti Jepun? tambahan pula simpanan emas kita hanya 40 tan.

Tidak perlu kita menuding jari pada pihak lain kerana rezab emas negara kita agak kecil. Antara langkah yang wajar diambil ialah kita sendiri bertindak menyimpan emas setidak tidaknya sekeping dinar.

Emas boleh di dapati dalam berbagai bentuk. Jongkong atau bar 999, barang kemas seperti rantai dan gelang dan juga dalam bentuk dinar. Kekangan kewangan selalu dijadikan alasan untuk memandang sepi seruan membeli dan memiliki emas. Emas selalu dianggap sebagai mainan orang kaya dan berada atau pun sebagai medium 'cuci duit haram" orang kaya atau perasuah. Persepsi sebegini patut diubah kerana ia tidak memberi impak positif atau apa pun kebaikan kepada kita.

Dinar mampu dimiliki kerana berat dan saiz yang lebih kecil.

Terdapat banyak syarikat yang menjual emas dalam bentuk dinar. Buat perbandingan antara syarikat syarikat ini dan beli dari salah satu yang anda sukai. Dinar lebih baik dijadikan medium simpan nilai berbanding emas perhiasan kerana upah yang lebih rendah.

Jadikan dinar sebagai hadiah kepada orang tersayang atau sebagai tanda peghargaan kepada pekerja yang setia dan layak dihargai. Dinar boleh juga dibeli secara berjadual sebagai simpanan untuk hidup kita di masa depan.