LUKISAN TEKNIK
Cara menyampaikan maklumat mengenai projek dengan menggunakan gambaran grafik dan lukisan.
Dilukis dari sudut-sudut yang berlainan.
Lukisan kerja memberi maklumat penting seperti saiz dan bentuk projek yang dihasilkan.
ALATAN LUKISAN TEKNIK
Pensel
Digunakan untuk menulis dan melukis.
Gred pensel menunjukkan kekerasan pensel.
Pensel bergred 3H dan 2H adalah keras dan sesuai untuk garisan binaan.
Pensel H dan HB adalah sederhana keras dan sesuai untuk melukis objek, garisan tepi, penghurufan dan kegunaan am.
Pensel 2B adalah lembut dan sesuai untuk membuat lakaran.
Pembaris
Digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran pada kertas lukisan
Pemadam
Digunakan untuk memadamkan garisan yang tidak dikehendaki atau yang tersalah lukis
Papan lukisan
Digunakan untuk mengalas dan memegang kertas lukisan dan digunakan bersama sesiku T
Sesiku T
Digunakan untuk melukis garisan mendatardan menyangga sesiku set semasa melukis garisan menegak dan garisan-garisan yang berlainan.
Sesiku set
Digunakan untuk melukis garisan tegak dan garisan condong.
Terdiri daripada sesiku set bersudut 45 dan sesiku bersudut 30 dan 60
Sesiku 45 digunakan untuk melukis garisan tegak an garisan bersudut 45 dan 90
Sesiku bersudut 30 dan 60 digunakan untuk melukis garisan bersudut 30, 60 dan 90.
Digabungkan untuk melukis segala gabungan sudut-sudut tersebut bersama-sama dengan sesiku T, contohnya sudut seperti 15, 75,105,120,dan 135.
Jangka lukis
Digunakan untuk melukis bulatan, garisan lengkung, membina sudut yang pelbagai dan membahagikan dua garisan lurus.
Jangka tolok
Digunakan untuk menguji jarak, memindahkan ukuran dan menandakan jarak yang sama.
BAHAN LUKISAN TEKNIK
Kertas grid mempunyai petak segi empat sama berukuran 5mm atau 10mm dan kertas isogrid mempunyai petak yang bersudut 30
Kertas grid petak segi empat sama digunakan untuk membuat lakaran bentuk oblik dan lakaran unjuran ortografik.
Kertas isogrid digunakan untuk melakar garisan tegak dan garisan lurus yang bersudut 30
Kertas lukisan yang biasa digunakan untuk melukis ialah kertas katrij putih.
JENIS GARISAN
Unjuran/binaan
Digunakan untuk membuat lakaran dan garisan unjuran
Objek
Digunakan untuk melakar garisan objek yang siap dilakar
Tersembunyi
Garisan tersembunyi daripada pandangan
Saiznya sama dengan garisan sebenar, cuma terputus-putus
Dimensi
Digunakan untuk menandakan panjang bagi ukuran sisi objek
Tepi
Digunakan untuk menandakan sempadan kertas lukisan
Penengah
Digunakan menunjukkan pusat bulatan atau lubang
Dilukis dengan sengkang panjang berselang dengan sengkang pendek
Keratan
Menunjukkan keratan sesuatu garisan
Dilukis condong 45
Skala
Lukisan yang dikecilkan atau dibesarkan
Bersudut 30
Dua garisan bertemu pada sudut 30 pada satu titik
Dilukis dengan menggunakan alat protractor atau sesiku set 30/60
Bersudut 45
Dua garisan bertemu pada sudut 45 pada satu titik
Bukaan sudut dilukis dengan protractor atau set sesiku 45
Bersudut 60
Dua garisan bertemu pada sudut 60 pada satu titik
Dilukis dengan protractor atau sesiku set 30/60
Menegak
Dibuat dengan melakar garisan lurus dari atas ke bawah
Mendatar
Garisan yang menyambung dua titik.
MELUKIS BULATAN, SEGI EMPAT, DAN SEGI EMPAT.
Bulatan, segi tiga dan segi empat dpt dilukis dengan menggunakan jangka lukis, pembaris, pemadam, kertas lukisan, pensel, protractor, atau set siku
Lukisan-lukisan bulatan, segi tiga, dan segi empat adalh beberapa contoh satah geometri kerana dilukis dalam dua dimensi
Jumlah sudut dalam segi tiga ialah 180 manakala jumlah sudut dalam segi empat ialah 360
Lukisan yang mempunyai tiga dimensi seperti kubus dan kuboid dinamakan bongkah geometrid an lukisan ini mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi
Segi tiga mempunyai tiga sisi yang tertutup dan nama segi tiga ditentukan mengikut bukaan sudut dan panjang sisinya.
UNJURAN ORTOGRAFIK
Unjuran ortografik menunjukkan bentuk sebenar sesuatu objek dalam tiga pandangan, iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan.
Pandangan hadapan dilukis dari arah hadapan, pandangan sisi dilukis dari pandangan kanan pandangan hadapan manakala pandangan atas atau pelan dilukis di sebelah atas pandangan.
MENDIMENSI UNJURAN ORTOGRAFIK
Mendimensi bertujuan untuk memberikan ukuran atau maklumat bagi menjelaskan butiran yang terdapat dalam sesuatu lukisan teknik.
Garisan yang terlibat ialah garisan dimensi,tambahan/unjuran, penunjuk dan anak panah.
Garisan dimensi menunjukkan dimensi atau ukuran sesuatu objek
Garisan tambahan menunjukkanhad sesuatu ukuran
Anak panah dilukis di hujung garisan dimensi
Garisan penunjuk dilukis secara halus untuk menunjukkan sesuatu dimensi atau ukuran.
No comments:
Post a Comment